Showing posts with label mine. Show all posts
Showing posts with label mine. Show all posts

Ramadhan Kembali lagi

miss myraamyra | 12:15 pm | | 2 Comments so far

Assalamualaikum w.b.t ..

Syukur masih diberi kesempatan untuk merasai ramadhan tahun ni . Best part setelah bertahun-tahun tak dapat berbuka pada hari pertama puasa dengan family , akhirnya tahun ni dapat jugak laa buka dengan keluarga . Mana tak nya dari form 1 sampai umur 19 tahun asal first day je mesti ada dekat hostel . Huhh harus memahami jiwa pelajar macam ni . Dan akhirnya pada usia 20 tahun ( bulan 8 nanti ) , dapat jugak buka dekat rumah . Happy sangat nampak .

Okey , apa-apa pun sbg owner blog ni nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua umat islam .

first entry for 2014

miss myraamyra | 9:55 pm | | Be the first to comment!
Assalamualaikum ..

lama kan tak update blog . bersawang dah agaknya blog ni walaupun dah agak berwajah baru tapi still belum ada lagi entry terbaru . okey hari ni sebab dapat pinjam laptop so mood untuk nak update blog kembali lagi . 

lama tak update sebab banyak sangat masalah yang menimpa sejak akhir - akhir ni . jadinya apa lagi terpaksa la lupakan blog tersayang ni untuk sementara waktu . insyaallah lepas ni mira akan try jugak untuk update blog . curi - curi jugak la masa yang ada kan . 

macam banyak je nak tulis sebenarnya . Tapi idea yang ada ni kena simpan sikit untuk esok - esok punya entry kalau tak nanti esok dah tak tau nak update apa lagi dah . Lagipun tulis panjang sangat penat pulak orang nak baca (ada yang baca ke blog aku ni ?? ) . okey abaikan bab tu yang penting menulis kena happy and enjoy .
 
 
 
salam sayang dari ,
miss myra amirah 
( owner of missmyra0810.blogspot.com )

Hujan lagi .

miss myraamyra | 12:37 pm | Be the first to comment!

Assalamualaikum semua . Harap korang semua ceria selalu okey .

Sedar tak sedar dah masuk bulan disember kan . Haaa mesti korang tau kan kalau malaysia ni bila bulan disember apa yang berlaku . Apa lagi kalau bukan musim tengkujuh laa kan . Haa , hujan je laa apa lagi . Macam hari ni hujan je lagi ni haa tak ada tanda- tanda nak berhenti walaupun sekejap . Kawasan pantai timur ni bila tiba je musim tengkujuh aduhh mula laa banjir . Bukan nak mengeluh tapi kena waspada jugak laa . Lagi- lagi aku ni belum balik kuantan . Daftar semester baru pun belum . Aduhhh .

Harap laaa hujan berhenti nanti .

Blog dah edit

miss myraamyra | 11:39 pm | 2 Comments so far

Assalamualaikum semua . Selamat malam .

Okey blog mira dah siap edit kan harap korang sudi datang jenguk blog yang tak seberapa ni . Thanks to sis sha sebab tolong editkan blog mira .

Sebenarnya mira pun belum dapat tengok lagi blog mira tu sebab laptop tak ada . Yang ada pun phone saja jadi dapt tengok header je laa buat masa ni . Alahaiii . Mira tengah usahakan jugak untuk dapat tengok blog mira ni .

Selfie of me ( gila kamera )

miss myraamyra | 7:36 pm | Be the first to comment!

Assalamualaikum semua . Harap korang semua ceria selalu ye .

Haaaa , baca tajuk . Okey tak laa gempak sangat sebenarnyaa . But saja je laa . Sebab tak tau apa entry yang nak tulis kan .

Selfie of me ( gila kamera ) , haa tak tau laa sejak bila ada hobi baru ni . Boleh pulak jadi selfie sorang diri , lagi2 bila dengan kamera . Haha macam pelik pulak . Pelik sebab apa ? Sebab sebelum ni mira ni antara orang yang paling tak suka bila dengan kamera . Tapi sekarang lain macam dah pulak .

Ini nak kena bagi special thanks to my besties laa sebab diorang yang membuatkan daku gila kamera . Hahh lupa pulak special thanks to hanim and amna . Ohh tak dapat nak tag diorang sebab diorang tak ada blog . But its okey . Nanti mira suruh diorang baca blog ni .

So dah jadi hobi laa sekarang bila bosan je mula laa nak selfie sendiri .